#AWANIJr: Majlis Persaraan Normal Baharu PKPP

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 10 Jun 2020 telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020 dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Adik Nur Ain Abdullah,15 tahun dari TV PSS SeNILAMTV SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu,Terengganu telah berkesempatan mengikuti dan membuat liputan satu Majlis Persaraan normal baharu seorang guru SMK Seri Nilam yang dijalankan secara atas talian melalui Google Meet, Facebook Live & Rakaman Tertunda SeNILAMTV Youtube Channel. Mari ikuti bingkisan yang telah disediakan ini.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Disyorkan