Bakar pusat tahfiz, mahkamah tetapkan 20 julai untuk serahan hujah

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 julai depan sebagai tarikh serahan hujahan bertulis bagi kes seorang remaja 19 tahun yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Itti-Faqiyah, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar keterangan lima saksi termasuk tertuduh dan pegawai penyiasat pada akhir kes pembelaan pada Khamis.

Disyorkan