Bermula Isnin, kos ujian COVID-19 ditanggung sendiri kecuali tiga kategori

  • 2 tahun lalu
Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermula 29 Jun rakyat Malaysia dan warganegara asing yang pulang ke tanah air perlu menanggung kos ujian COVID-19 di pintu masuk negara. Bagaimanapun pengcualian kepada tiga kategori iaitu OKU yang memiliki kad JKM; pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi dan pelajar dari luar negara yang pulang kali pertama dengan mengemukakan bukti pengajian.

Bagi mereka yang telah membayar caj kepada Kementerian Kesihatan pada pagi Isnin sebelum pengumuman itu dibuat dibenarkan untuk menuntut semula bayaran terbabit.

Disyorkan