Hubungan serangkai keluarga komponen PH perlu diperkukuhkan

  • 2 tahun lalu
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua parti komponen PH mengukuhkan kembali hubungan sebagai serangkai keluarga bagi mempertahankan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menerusi siaran langsung di laman Facebook pada Sabtu malam beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat menegaskan, mandat rakyat perlu dipertahankan untuk memastikan negara kekal sebagai sebuah negara demokratik dan adil.

Disyorkan