Dr Masliza sandang jawatan Profesor Madya di Universiti Oxford

  • 2 tahun lalu
Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita Malaysia pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi perubatan kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza dan mengakui kebijaksanaan serta pencapaian hebatnya sebagai pakar kardiologi.

Disyorkan