34 permohonan penubuhan taska di kementerian, pejabat SUK diluluskan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan menerima 45 permohonan penubuhan taska di pelbagai kementerian, pejabat setiausaha kerajaan negeri sehingga tarikh akhir 30 Jun lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, 34 permohonan melibatkan nilai RM5.5 juta telah diluluskan dan sebelas lagi ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan.
Pada Belanjawan 2020 lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi penubuhan taska di tempat kerja sebanyak RM30 juta.

Disyorkan