Industri filem dijangka bangkit semula dalam enam bulan - Saifuddin

  • 2 tahun lalu
Industri perfileman dan penerbitan negara yang terjejas teruk ekoran penularan COVID-19, dijangka bangkit semula dalam tempoh enam bulan melalui suntikan dana di bawah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pelan yang dirangka oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu akan memberi tumpuan membantu dan memberi suntikan dana kepada penggiat industri berkenaan bermula Julai hingga Disember tahun ini.

Disyorkan