Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan

  • 2 tahun lalu
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.
Dalam satu sidang media khas pada Khamis, Mohd Shafie menjelaskan, pembubaran Dun Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dan beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (Caretaker).

Disyorkan