JHEAIK arah aktiviti masjid ditangguhkan, surau ditutup

  • 2 tahun lalu
Kesemua aktiviti agama di masjid di kawasan yang terlibat dengan Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) di Kubang Pasu dan Padang Terap ditangguhkan manakala surau diarah tutup.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah JHEAIK, Mohd Yusri Md Daud, solat Jumaat di masjid terbabit perlu diganti dengan solat zohor dan sebarang aktiviti keagamaan seperti majlis ilmu, bacaan Yassin dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

Disyorkan