PDRM perlu 16,000 pegawai tambahan perangi dadah

  • 2 tahun lalu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan 16 ribu anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk membanteras penyalahgunaan dadah dengan lebih efektif.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika ini hanya ada 5 ribu orang di bawah JSJN iaitu hanya 5 peratus berbanding anggota dan pegawai di Jabatan PDRM yang lain.