Majlis Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan secara maya

  • 2 tahun lalu
Diaspora Malaysia di luar negara akan dapat bersama merasai kemeriahan sambutan kemerdekaan meskipun berada jauh dari tanah air dengan Majlis Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan secara maya hasil kerjasama Wisma Putra, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). 'Malaysia's Virtual National Day Concert 2020' ini akan ditayangkan buat pertama kalinya pada 31 Ogos 2020 melalui 'Watch Party' saluran Facebook YB Menteri Luar Negeri dan saluran YouTube Wisma Putra pada jam 3:00 petang, waktu Malaysia.

Disyorkan