4,148 keluarga di kawasan PKPD Pentadbiran terima bantuan

  • 2 tahun lalu
Seramai 4,148 keluarga yang tinggal di kawasan perlaksanaan Perintah Kawalan Diperketat Secara Pentadbiran telah menerima agihan bantuan yang disampaikan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah yang digerakkan bermula 29 Ogos lalu.

Pengarah Jkm Kedah, Azmi Abdul Karim menjelaskan agihan terbabit melibatkan beberapa barangan keperluan penduduk seperti beras, minyak masak, gula, kopi dan beberapa barangan lain dalam mengurangkan bebanan penduduk yang tidak dapat keluar dari kawasan berkenaan.

Disyorkan