Gagal cubaan samun, polis sedang mengesan suspek

  • 2 tahun lalu
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang cuba menyamun hasil kutipan daripada mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Pekan Batu Gajah, Perak pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri ia berlaku kira-kira jam 3.40 petang di bahagian luar kaki lima premis bank berkenaan.