Kes tembak anggota PGA: Polis Thailand zahir komitmen bantu tangkap suspek

  • 2 tahun lalu
Polis Diraja Thailand berjanji akan memberi kerjasama penuh sehingga tertangkapnya saki-baki kumpulan sindiket penyeludupan yang menembak anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata komitmen itu dizahirkan oleh pihak berkuasa negara itu menerusi satu panggilan telefon pada Selasa.

Disyorkan