Dua daripada tiga peluru Sarjan Norihan berjaya dikeluarkan

  • 2 tahun lalu
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari selamat menjalani pembedahan membuang peluru di dewan bedah Hospital Pulau Pinang (HPP) petang Khamis.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar memaklumkan, dua butir peluru pada bahagian perut berhampiran tulang belakang berjaya dikeluarkan manakala sebutir peluru yang berada berdekatan paru-paru masih belum dikeluarkan.

Disyorkan