Akses negara kepada vaksin COVID-19: apa langkah seterusnya?

  • 2 tahun lalu
Pfizer Malaysia dan Biontech SE semalam mengumumkan perjanjian dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi di Malaysia untuk menyediakan 12.8 juta dos vaksin bagi mencegah COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah vaksin tersebut akan dapat memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.
Dalam masa yang sama, kajian fasa ketiga vaksin COVID-19 dengan China turut dijangka bermula bulan depan.
Untuk mengulas lebih lanjut tentang perkembangan vaksin dalam negara, bersedia menerusi Skype, Profesor Dr Zamberi Sekawi, Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Disyorkan