Perkembangan terkini kemelut politik Perak

  • 2 tahun lalu
UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini, dipercayai bagi membincangkan mengenai kemelut politik di Perak.
Menurut laporan sumber dalam UMNO, Mesyuarat Biro Politik itu juga difahamkan akan membincangkan mengenai isu berkaitan dengan kedudukan Kerajaan Persekutuan secara keseluruhannya.
Ia akan diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), di ibu negara pada jam 8.30 malam Isnin.
Terdahulu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.
Melihat kepada perkembangan ini kita bersama Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.

Disyorkan