RUU perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan lulus

  • 2 tahun lalu
Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan diluluskan di Dewan Rakyat.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti Ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bahagian yang dilakukan.
Katanya, 109 Ahli Parlimen menyatakan setuju manakala 94 Ahli Parlimen tidak bersetuju, sementara 17 Ahli Parlimen lagi tidak hadir.