Dua ADUN Pas antara lima angkat sumpah Exco Perak

  • 2 tahun lalu
Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, termasuk dua daripada Pas, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh pada Selasa petang. Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas itu, Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamarudin (Selama) mengangkat sumpah bersama-sama Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) dari UMNO.

Disyorkan