JBPM Pahang terima bantuan aset dari Perak, Selangor, WPKL

  • 2 tahun lalu
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pahang menerima bantuan aset daripada JBPM Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membantu operasi banjir di negeri itu.

Penghantaran bantuan berupa aset dan anggota itu dikerahkan sejak semalam selepas melihat keadaan banjir yang semakin buruk.

Laporan lanjut kita terus sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Fauzi Suhaimi yang mengikuti tinjauan udara operasi banjir bersama JBPM di negeri Pahang siang tadi.