APM | Graduan universiti digalak sertai APM

  • 2 tahun lalu
Golongan belia dan graduan universiti di Kedah dipelawa untuk menyertai angkatan pertahanan awam memandangkan pasukan itu memerlukan lebih 1,000 anggota tahun ini sebagai tambahan kepada keanggotaan sedia ada.
Menurut Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (Pa) Awang Askandar Ampuan Yaacob, pihaknya mencari anggota yang berkualiti dan mereka akan diberi latihan, pakaian seragam serta dibayar elaun mengikut kiraan tugas setiap hari.

Disyorkan