Suntikan Vaksin | Suntikan pertama Perdana Menteri diawalkan 24 Feb

  • 2 tahun lalu
Tan Sri Muyiddin Yassin akan menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada 24 Februari ini di Klinik Kesihatan Putrajaya.
ia sekali gus menjadikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diawalkan dari tarikh yang ditetapkan pada 26 Februari.
selain Perdana Menteri, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata turut akan menerima suntikan pada hari sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Disyorkan