Mahkamah | Zahid guna RM1.4 juta dana Yayasan Akalbudi

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu saksi ke-99 bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana berjumlah RM 1.4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit, insurans kenderaan dan cukai jalan bagi 20 buah kenderaan miliknya. Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairudin Kilau, 44, memaklumkan perkara itu ketika membacakan penyataan saksi dalam pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fat.

Disyorkan