Hartanah | Jualan kediaman meningkat pada separuh kedua 2020

  • 2 tahun lalu
Penjualan rumah kediaman dan hartanah meningkat dua peratus pada separuh kedua tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2019.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dalam tinjauannya mendapati prestasi penjualan hartanah meningkat daripada 43 peratus pada separuh kedua 2019 kepada 45 peratus pada tempoh sama tahun lalu.