COVID-19 | 1,317 jangkitan baharu, dua minggu berturut-turut kes empat angka

  • 2 tahun lalu
Genap dua minggu berturut-turut, Malaysia merekodkan kes positif COVID-19 empat angka selepas 1,317 lagi jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 362,173 melibatkan 1,305 penularan tempatan dan selebihnya kes import.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada kesemua jangkitan baharu itu, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 351 diikuti Selangor (303 kes), Kuala Lumpur (116 kes) dan Sabah (105 kes).

Disyorkan