Guna Petrol | Pencari belut didakwa bakar isteri

  • 2 tahun lalu
Seorang pencari belut dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya termasuk dengan membakar menggunakan cecair petrol 7 tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Irwan Che Abdullah, 43 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Disyorkan