COVID-19 | AS hantar bekalan oksigen, perubatan di India

  • 2 tahun lalu
Amerika Syarikat mencari jalan untuk meningkatkan bantuan kepada India susulan lonjakan kes baharu COVID-19 di negara itu.
Menurut Penasihat Perubatan Pentadbiran Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci ini termasuk menghantar bekalan oksigen, kit ujian saringan, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan diri (PPE).
Dalam pada itu, Britain menghantar 600 buah peralatan perubatan termasuk ventilator ke India bagi membantu negara itu memerangi koronavirus.