COVID-19 | Enam daerah di Selangor dilaksanakan PKP

  • 2 tahun lalu
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Manakala, tiga lagi daerah di negeri itu iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu selangor masih Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).