Rasuah RM28,000 | Pegawai Kanan Maritim tidak mengaku terima suapan

  • 2 tahun lalu
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menghadapi 13 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM28,000 daripada seorang pengarah sebuah syarikat, dua tahun lalu.
Tertuduh, Kapten Maritim Mohamad Sulhan Zainon, 51 tahun, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zani.

Disyorkan