Mahu ajar anak berpuasa, tetapi suami liat bangun sahur

  • 2 tahun lalu
Mahu ajar anak berpuasa, tetapi suami liat bangun sahur

Ramadan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam di seluruh dunia. Bukan sahaja dapat menunaikan tuntutan agama, malah inilah masanya untuk mendidik anak-anak untuk belajar berpuasa.

Sudah tentunya para ibu bersemangat bangun pagi dan memasak pelbagai juadah untuk insan tersayang, namun terkilan perasaan mereka apabila suami sendiri liat untuk bersahur.

Keadaan itu secara tidak langsung menjadi contoh kurang baik kepada anak-anak yang sedang belajar untuk menunaikan rukun Islam ketiga tersebut.

Justeru, apa yang perlu dilakukan untuk mengubah perangai suami? Ikuti tip dan nasihat Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Haji Hushim Salleh bagi menjawab permasalahan berkenaan dalam Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga Edisi Ramadan pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#dominasigayahidup

Disyorkan