Perkara 10 (3) | Kerajaan yakin pindaan raih sokongan dua pertiga

  • 2 tahun lalu
Kerajaan dijangka memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat bagi meminda perkara 10 Perlembagaan Persekutuan pada sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata keyakinan itu bersandarkan pengesahan yang dibuat dengan pihak pembangkang menerusi perbincangan baru-baru ini.