Jualan Murah | 12,278 permohonan premis perniagaan seluruh negara

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, menerima 12,278 permohonan daripada permis perniagaan di seluruh negara untuk mengadakan jualan murah sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata jumlah permohonan itu adalah bermula 3 April lalu sehingga hari ini.

Kementerian menyambut baik inisiatif itu yang dilihat menyokong hasrat kerajaan untuk membantu meringankan kos belanja rakyat dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bagaimanapun kementerian dalam masa sama memandang serius tindakan segelintir pihak yang cuba memanipulasi pengguna dengan meletakkan harga barangan mengelirukan.

Disyorkan