Laporan PeKA B40 | Tiga NCD tertinggi dikesan

  • 2 tahun lalu
Tiga penyakit tidak berjangkit (NCD) tertinggi dalam kalangan kumpulan B40 dikesan selepas menjalani saringan kesihatan menerusi skim peduli kesihatan untuk kumpulan B40 (PeKA B40).

Tiga NCD tersebut masing-masing darah tinggi sebanyak 29.8 peratus; kolestrol tinggi 29.2 peratus serta diabetes 19.8 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Protecthealth Corporation Sdn Bhd (Protecthealth), Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata NCD sangat berkait rapat dengan COVID-19 dan boleh memberi kesan kepada individu yang dijangkiti virus itu.

Disyorkan