Ibadah Haji | 15 tahun menunggu, rezeki terima panggilan Haji

  • 2 tahun lalu
Selepas dua tahun tertangguh, rezeki menjadi tetamu di tanah suci bagi mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh bakal jemaah.

Namun tidak semua bertuah menerima seruan untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima itu.

Mohamed Eswadi Mohamad Ali dan isteri, Nur Shahidah Ibrahim, antara 14,306 individu yang menerima surat tawaran Haji bagi tahun 2022.