[LIVE] Hubungan UMNO Pas hampir musnah

  • 2 tahun lalu
[LIVE] Hubungan UMNO-Pas hampir musnah

Penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan oleh Pas dan UMNO yang disifatkan sebagai formula terbaik untuk memenangi undi rakyat Malaysia perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ekoran tiada kesepakatan antara dua parti tersebut.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Kerjasama UMNO dan Pas itu semakin menuju ke penghujung jalan kerana parti tersebut telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.


Persoalannya, mampukah UMNO bergerak secara solo dan memenangi PRU15 tanpa Pas?

Saksikan Wacana Siri 343 pada Selasa, 10 Mei 2022, jam 8.30 malam di semua platform media sosial Sinar Harian.

#WacanaSinar
#SinarHarian
#SinarUntukMalaysia

Disyorkan