Data Peribadi | Tindakan holistik bendung kebocoran maklumat

  • 2 tahun lalu
Kerajaan perlu bertindak secara holistik dalam membendung kebocoran maklumat peribadi dari terus dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penipuan dalam talian serta kegiatan Scammer yang mampu memperdaya masyarakat termasuk golongan profesional serta berpendidikan tinggi adalah perkembangan yang amat membimbangkan.

Bagi Wan Samsul Fatah Wan Arsyad, 32 tahun dan Mohd Faizul Sulaiman, 41 tahun kerajaan mempunyai kemampuan untuk mengatasi perkara berkenaan dan ia perlu disegerakan bagi memulihkan keyakinan orang awam terhadap keselamatan data peribadi mereka.

Disyorkan