Lawatan PBB | Ketua Hak Asasi Manusia PBB lawat Xinjiang

  • 2 tahun lalu
Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB Michelle Bachelet, kini berada di China bagi lawatan yang menumpukan kepada siasatan berhubung dakwaan China menganiaya minoriti Islam di Xinjiang.

Lawatan itu menyusul selepas tindakan beberapa kumpulan hak asasi manusia memberi tekanan kepada PBB supaya mengeluarkan laporan yang sudah lama tertangguh mengenai situasi di wilayah China itu.