HAWANA 2022 | Kaji semula kurikulum kewartawanan

  • 2 tahun lalu
Tan Sri Johan Jaaffar berpandangan, kurikulum pengajian kewartawanan di Institusi Pengajian Tinggi perlu dikaji semula supaya selari dengan perkembangan semasa, sekali gus mempersiapkan graduan mendepani perubahan dalam lanskap kewartawan dan pemberitaan.

Pada masa sama, Tokoh Wartawan Negara itu tegaskan, organisasi media juga perlu melalui proses penyuburan semula seiirng cabaran baharu revolusi teknologi.

Bagaimanapun, katanya, peranan dimainkan kumpulan wartawan dengan mengutamakan tanggungjawab dan etika tidak boleh berubah hanya kerana asakan di internet dan media sosial.

Disyorkan