Perkhidmatan ETS | Tiket perjalanan 1 Julai mulai dijual hari ini

  • 2 tahun lalu
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai hari ini bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Dis tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi dengan 32 perkhidmatan melibatkan 10 laluan KL Sentral-Butterworth, 10 laluan KL Sentral-Ipoh, lapan laluan KL Sentral-Padang Besar, dan masing-masing dua laluan Gemas-Butterworth dan Gemas-Padang Besar.

Disyorkan