Undi18 tak jamin pengundi muda akan mengundi secara progresif - Adm

  • 2 years ago
Pada 15 Dis tahun lalu, penurunan umur mengundi kepada 18 tahun dan sistem Pendaftaran Pemilih Automatik mula berkuat kuasa.

Ini membawa jangkaan "tsunami anak muda" yang akan membawa Malaysia jauh daripada parti berasaskan kaum seperti Umno dan ke arah parti berbilang bangsa seperti PKR.

Bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan bahawa golongan muda mungkin mengikuti generasi terdahulu dalam menyokong parti mono-etnik/mono-agama seperti Umno dan PAS.

Dengan lanskap politik negara yang dilihat semakin tidak menentu, Malaysiakini bertanya Ketua Pemuda PKR (AMK) yang baru dilantik Adam Adli Abdul Halim bagaimana partinya merancang untuk mengharungi arus PRU15 akan datang.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/624611