• 2 years ago
Sekumpulan ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mengadakan bantahan terhadap MBSB Bank Berhad di hadapan cawangan bank itu di Bangi hari ini berhubung dakwaan diskriminasi dan penganiayaan oleh pengurusan bank terhadap pekerjanya.

Dalam bantahan mereka hari ini, NUBE menyenaraikan dakwaan tindakan pemusnahan kesatuan oleh pengurusan bank tersebut, antaranya menafikan bantuan kewangan sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada pekerja B40 dan M40 dan memanipulasi jawatan dan tugasan pekerja.

Bantahan ini turut diadakan beberapa negeri iaitu di Melaka, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang.

Category

🗞
News

Recommended