Kanabis CBD | Bukan untuk penyalahgunaan

  • 2 tahun lalu
Prof Dr Hussain Habil, berkata usaha yang dilakukan untuk melonggarkan penggunaan kanabis perubatan bukan bertujuan membenarkan penyalahgunaan kanabis, sebaliknya ia bagi memberikan manfaat kepada pesakit yang memerlukan.

Jelas Ketua Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti MAHSA itu, jika kanabis perubatan diletakkan di bawah Akta Racun 1952, Kementerian Kesihatan boleh menyediakan garis panduan dan menentukan bahawa kanabis perubatan diselenggara oleh para doktor dan pakar-pakar kesihatan, yang menggunakan kanabis sebagai rawatan.

Disyorkan