Hepatitis Akut | Lebih 900 kanak-kanak dijangkiti - WHO

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 32 negara melaporkan 920 kes berkemungkinan Hepatitis Akut yang teruk dalam kalangan kanak-kanak setakat ini, melonjak daripada 270 kes pada Mei.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Eropah menyumbang separuh daripada kes berkemungkinan, termasuk 267 kes dari United Kingdom, manakala satu pertiga daripada kes berkemungkinan dari Amerika Syarikat.