DUN Sabah | Kes denggi meningkat 101.9 peratus setakat 2 Julai

  • 2 tahun lalu
Kes denggi di Sabah meningkat dengan 1,791 kes direkodkan setakat 2 Julai lepas berbanding 887 kes untuk tempoh sama pada 2021.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 101.9 peratus.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang mengambil langkah segera untuk mengatasi situasi tersebut.

Disyorkan