Bicara Syed Saddiq | Mahkamah arah pendakwaan serah salinan percakapan saksi

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyerahkan salinan percakapan seorang saksi utama yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020 kepada mahkamah.

Ini selepas Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Azhar Abdul Hamid bersetuju pihak pembelaan berjaya membuktikan terdapat perbezaan dalam keterangan yang direkod oleh SPRM dan keterangan lisan saksi pendakwaan ke-13, bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali.

Disyorkan