Pendidikan | Agong zahir harapan UniPSAS jadi universiti Islam tersohor

  • 2 tahun lalu
Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS ) menjadi sebuah universiti berteraskan agama Islam terunggul di negara ini.

Titah baginda, ini kerana UniPSAS adalah sebuah universiti berwibawa dan mampu menjadi benteng dalam menjaga akhlak dan moral demi melahirkan sebuah ummah yang kuat.

Terutamanya apabila tertubuhnya Akademik Hadis pada 2019 dan membudayakan pengajian hadis secara sistematik dalam kalangan masyarakat Pahang dan negara ini.

Disyorkan