RUU Antilompat Parti | Tiga negeri pinda perlembagaan secepat mungkin - PH

  • 2 tahun lalu
Terdahulu ketika perbahasan, Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan, semua negeri di bawah pentadbiran mereka akan meminda perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri secepat mungkin selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, langkah itu bagi membolehkan ruu berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dapat diseragamkan dan dikuatkuasakan di peringkat negeri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tiga negeri di bawah pentadbiran PH ialah Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Disyorkan