Dakwaan KP tengking di KLIA: JPA, Kesatuan Imigresen balah pendapat

  • 2 years ago
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia saling berbalah pendapat mengenai insiden yang berlaku di KLIA pagi semalam.

Ia berhubung dakwaan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai kanan imigresen.