Gagal lari dari polis, kereta terbabas dalam sungai

  • 2 tahun lalu
Cubaan dua beradik melarikan diri daripada pemeriksaan polis gagal apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Kampung Bukit Dato B, Tanjung Minyak, Melaka, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad memaklumkan, dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, dua anggota polis dan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang membuat rondaan terserempak dengan proton wira dinaiki tiga individu dalam keadaan mencurigakan.

Disyorkan