Penyokong sifatkan Najib pemimpin ‘sempurna’

  • 2 tahun lalu
Penyokong sifatkan Najib pemimpin ‘sempurna’

BERITA SEMASA 23 OGOS 2022

Meskipun bumi Putrajaya ditimpa hujan, ia tidak mematahkan semangat penyokong tegar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir dari Pekan, Pahang ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, bagi memberi sokongan kepada beliau hari ini.

Bagaimanapun, jika didapati Datuk Seri Najib bersalah, rata-rata penyokong akui reda dan sedih dengan keputusan, namun semangat untuk menegakkan kebenaran buat Ahli Parlimen Pekan itu tidak akan luntur.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan kembali bersidang untuk mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa


Disyorkan